Saturday, 19 July 2014

Abang kpd 43 org adik...

Assalamualaikum…

Entry kali ni xdek kaitan ngan kahwin secara langsung tp secara x langsung nya memang ada pun. Aku just nak share pengalaman jd guru ganti kat SK Serdang. Sekolah rendah okay, bukan menengah.

Pada awal nya ak xberminat pun nk g sek rendah, tp disebabkan dekat dgn upm n tu je ada kekosongan utk jadi guru ganti, aku terima la tawaran tu (bukan tawaran sgt pun, aku yg beria g mnx) . Benda ni berlaku 5 bulan yg lepas. Dah lama kan, tp kenangan nya rasa baru mcm semalam je habis bertugas kat ctu.

Hari pertama kat ctu, dpt la jadual waktu, nak tahu berapa jam seminggu? 30 jam seminggu. (kalau sesiapa yg jd guru, dia tahu la sikit ke bnyk waktu tu).  Tgok jadual tu, nk happy pn x, nk takut pn x, ak kena ngajar darjah1, 2, 3 n 4. Subjek yg dpt adalah math, DST (Dunia Sains dan Teknologi) n TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). Punya la hebat nama2 subjek diorg ni, bukan main canggih la bebudak zaman sekarangkan. Yang paling best (kot) dpt jadi guru kelas. Fuuuu dia pnya penat mcm nak jaga adik 43 org. (aku anggap adik2 je la, nk anggap anak kan ase tua plok). 

Tp yg best nya dpt kenal la ngan bebrapa org parents diorg. Diorg ni sume staff upm xsilap, termasuk la sorg Dr kat Pusat Kesihatan UPM (sng nk dapat ubat lepas ni). Dapat kenal ni pun sebab diorang dtg ke sekolah untuk hias kelas. Bagus kan... 
Ini hasil nya...


Kat situ aku lalui berbagai-bagai liku dan cabaran. Keseronokan nya xpayah cakap la mmg bnyk. Antaranya jd coach bola sekolah, jd cikgu sepak takraw, pengakap pn aku pegang, kelab Save Our Earth pn ada join, g tdo kat sekolah masa diorg ada kem, jadi ustaz masa kem solat dan jd guru disiplin (aku dpt satu buku utk isi kesalahan murid2, 3 bulan ngan aku xdek sorg pn yg buat salah, so kosong la buku tu. haha),   mcm2 lagi lah. Tu yg tak berkaitan ngan akademik tu. Best kan jadi cikgu, relaaaaaax je…

pengakap-bola sepak-save our earth
 
Ni antara gelagat2 budak yg aku denda sbb bising
yg terlampau amat sangat. Yg x wat kerja rumah pun ada jgk.
Fuuuuu  mmg mencabar fizikal dan mental betul.

Program 1 Murid 1 Rim A4, adik yg pendidikan
khas pun smgt nak join jgk... 


lagi gelagat kanak2. nampak tak kertas yg aku kena tanda?...
tq kepada si dia sbb tolong. opsss














Ni plak masa jerebu kat sekolah. Tp smgt lagi budak2 ni dtg,
aku rasa cam nak cuti dah. Haha
 
Dan yg paling xleh lupa budak2 darjah 4 Anggerik ni. Mcm2 la kejadian
yg berlaku ngan diorg ni. Tp yg best nya, diorg la yg nyanyi2 masa last day aku.

Last day tu plak kena ngan hari guru, 16 Mei. Xpasal kena berucap kat perhimpunan. Siap dpt hadiah lagi tu dari bdk2 n sekolah. Padahal xde sambutan pun lagi, diorg da bawak awal2 nk bg hadiah.





org yg bertanggungjawab terhadap hadiah2 yg aku dapat tu... :)

So best kan jadi guru…. Sekian….

 
situasi yg paling syahdu. xtau la dia nangis
sbb last day aku or sbb apa...



  

Tuesday, 15 July 2014

Menuju Bahtera Idaman 1


Salam semua, dah berhabuk da blog nie, nak buat macam mana, setahun sekali baru update. Tapi kali ni blog ni akan aku gunakan utk menceritakan perjalanan kami (opssss kami? hehe, aku ngan beliau la) menuju jinjang pelamin. Ala nk kahwin,hehe. Nanti aku bgtaw siapa yg bertuah dpt aku tu. haha....

Utk permulaan ni just nak bagitahu, setakat ni benda2 yg utama utk majlis dah settle. Antara nya ialah bridal, photographer n jurumekap. Tiga benda ni yg paling penting. Sbb nk kena cop awal2 kan, nti kalu dah full booking nt, mau kahwin atas playwood, pakai baju raya n amik gmbar guna hp, hehe... nti aku akan update bridal mna yg ak plih, photographer n jurumekap  mana yg jd pilihan suri hati aku ni ya. Hehe. 



ok dah nak kena bersiap, nak bukak puasa plak. selamat berbuka puasa ya kwn2. Bye...

NoPen------> NovelPendek!

Sebuah novel hasil nukilan Wan Ahmad Faramie. Bila pemain bola menekan keyboard. Faham-faham la apa yang akan jadi. hahaha.

Tiada kesalahan yg tiada keampunan, tiada kejayaan tanpa usaha, tiada ketenangan tanpa perdamaian, tiada cinta tanpa kasih sayang, dan tiada penghujung jika tiada permulaan. 

Tunggu kemunculan NoPen ini dgn tajuk "Kehidupan Sebuah Pelayaran"